Rabu, Mei 02, 2007

Bayar Gaji Untuk Diri Sendiri.

Salam kekayaan dan salam sejahtera,

Kelmarin saya ada menyentuh tentang pendapatan pekerja sempena sambutan hari pekerja. Baiklah hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana caranya anda boleh mengawal wang anda agar anda tidak seterusnya bekerja untuk wang anda.
Anda perlu tahu membezakan antara keperluan dan kemahuan.
Penuhi dahulu keperluan anda, dan jangan sekali-kali terikut-ikut dengan kemahuan anda kerana walau apa keadaan sekali pun anda tidak dapat memenuhi kesemua kemahuan anda yang sentiasa berubah-ubah dan tertarik kepada sesuatu yang baru. Jika saiz kasut anda 12, janganlah pula anda memakai kasut saiz 16, pasti anda tidak boleh memakainya dengan selesa.
Jadi penyelesaiannya di sini ialah anda perlu mengubah sistem pengurusan aliran wang gaji anda setiap bulan. Bagaimana ? Dengan hanya menyimpan sebahagian daripada gaji yang diterima sebelum membelanjakan selebihnya. Sekiranya gaji anda RM 1,000, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM 100 setiap bulan ke dalam akaun khas yang anda wujudkan. Anda tidak boleh sama sekali menggunakannya. Lupakan RM 100 itu dan fikirkan baki RM 900 lagi yang perlu anda belanjakan.
Perlu diingatkan anda tidak boleh menjadi kaya tanpa ada tabiat menguruskan wang dengan cekap dan baik. Wang yang anda peroleh jika tidak disimpan akan terus mengalir keluar ke poket orang lain. Jadi saya minta tolong, tolonglah kasihankan diri anda sendiri. Bayarlah gaji sekurang-kurangnya 10% untuk diri anda sendiri setiap kali anda memperolehinya setiap bulan.

Selamat membayar gaji untuk diri sendiri.

Thinkerich.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju. Saya masih baru berkenalan dgn dunia internet ni, kesian saya....
Saya berminat untuk link dgn blog Tn, tapi saya baru belajar, ada apa idea?....

-"Thinkerich"- berkata...

Terima kasih di atas komen yang diberi...saudara boleh link terus dgn blog saya dan jadikan ianya teman anda setiap hari..berkenaan baru belajar tidak menjadi masalah...yang penting ada keinginan yang kuat untuk belajar....idea ? sudah pasti kaya kan idea untuk terus belajar...semoga berjaya..

thinkerich

Tanpa Nama berkata...

wow gold purchasing.World of Warcraft,wow gold Super