Salam bahagia,
Apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan ceria!
Hari ini kita akan membicarakan berkenaan ‘Psikologi Kejayaan’ yang seharusnya dimiliki oleh anda semua sekiranya ingin mencapai apa sahaja matlamat dan cita-cita anda. Baik matlamat kewangan, kerjaya mahupun peribadi.
Dalam perjalanan kita menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan, pasti kita akan menemui pelbagai rintangan dan halangan. Ya, saya ulangi, pasti! Jadi anda jangan ambil mudah perkara ini. Anda perlu bersedia menghadapinya dengan menempuhinya dan bukannya terus berhenti sebaik menemuinya.
Ramai yang mengambil mudah perkara ini dan buktinya statistik telah menunjukkan 90% usaha perniagaan gagal pada peringkat awal. Selain daripada matlamat dan kekuatan mental untuk berjaya, anda juga perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan dan setiap kali anda dihalang oleh rintangan, jangan sekali-kali mengalah. Teruskan usaha anda dan
Lihat sahaja kepada kisah-kisah kejayaan yang tidak pernah mengenal erti putus asa seperti Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke 16, yang telah menempuhi lebih 12 kali kegagalan baik dalam perniagaan mahupun karier politiknya sebelum berjaya menjadi salah seorang presiden yang terunggul dalam sejarah Amerika.
Sir Edmund Hillary telah menemui kegagalan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1951 dan 1952 sebelum beliau berjaya menjadi orang pertama yang sampai di kemuncak tertinggi di dunia, Gunung Everest setinggi 29,028 kaki.
Jadi, apakah anda fikir mereka semua ini berhenti apabila berhadapan dengan rintangan dan kegagalan? Sudah pasti tidak! Jika mereka berhenti dan terus berputus asa pasti mereka tidak akan mencapai semua kejayaan tersebut.
Mulai sekarang, jika anda berhadapan dengan rintangan dan kegagalan, jangan BERHENTI…tetapi TEMPUHInya dengan tabah.
Thinkerich
2 ulasan:
satu informasi yang sangat menarik...saya akan sentiasa bersama anda dalam komuniti pemikir kaya...zassssss
salam hidayah
Terima kasih,
Saudara Y.M. Raja Hazamir....
Teruskan bersama blog Thinkerich ini, semoga suatu hari nanti kekayaan akan menjelma dan menjadi milik saudara...
Salam Kekayaan,
Thinkerich
-think rich to get rich-
Catat Ulasan