Selasa, November 20, 2007

KENAPA ANDA INGIN MENJADI KAYA?

Salam bahagia,

Kepada semua pembaca blog Thinkerich!

Baiklah, kali ini kita sambung persoalan kita berkenaan ‘Bagaimana dan Kenapa’. Sudahkah anda dapat jawapan ‘Kenapa anda ingin menjadi kaya?” Jika ditanya solan berikut, “Anda ingin menjadi kaya?” sudah pasti kebanyakan jawapan yang diterima adalah mereka mahu jadi kaya.

Mahu jadi kaya dengan benar-benar ingin menjadi kaya dalah sesuatu yang berbeza. Jawapan yang sentiasa diberikan oleh mereka yang mahu menjadi kaya biasanya terdiri daripada mereka yang tahu bagaimana untuk menjadi kaya. Sebaliknya mereka yang benar-benar ingin menjadi kaya tahu kenapa mereka perlu menjadi kaya.

Mereka tahu tujuan dan matlamat mereka untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Sebab utama ialah kerana persoalan KENAPA ditujukan kepada diri mereka. Secara tidak langsung ianya merangsang Minda Separa Sedar mereka untuk berusaha menjawab persoalan tersebut berdasarkan situasi mereka. Apakah mereka perlu atau tidak? Apakah mereka ingin terus hidup dalam kesempitan mahu pun kemiskinan sepanjang masa? atau mereka lebih rela berada di dalam ‘zon selesa’? Semuanya terserah kepada anda untuk menentukannya. Anda bagaimana? Apa pendapat anda?

Salam kekayaan,

Thinkerich

-Think rich to get rich-

3 ulasan:

redha berkata...

Salam kasih sayang,

Pendapat saya, segala sesuatu yg di bumi dan di langit telah Allah ataurkan dengan 'sempurna', semuanya patuh mengikut 'ketetapan' kecuali MANUSIA, Allah kurniakan AKAL dan kebebasan utk memilih.
Apa pun yg kita 'inginkan' pasti boleh dicapai sekiranya kita mengetahui dan mematuhi 'ketetapan aturan'(formula). Beruntunglah org yg terus belajar, berfikir dan bertaqwa. Wallahu'alam.
redhayahoo.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Persoalan yang baik dan jarang ditanya...saya pun tak terfikir sebelum ini, sbb tu kot saya masih belum kaya ;)

-"Thinkerich"- berkata...

Salam kekayaan,

Terima kasih saudara Redha, satu perkongsian yang menarik!
Benar saudara Redha, kita diberi peluang untuk memilih, jadi gunakanlah akal dan minda anugerah Illahi untuk kebaikan hidup kita di dunia dan akhirat.

Thinkerich
-Think rich to get rich-