Isnin, November 19, 2007

BAGAIMANA UNTUK MENJADI KAYA?

Salam,

Apa khabar semua para ‘Pemikir Kaya’?

Semoga anda ketika ini berada dalam keadaan tenang dan ceria selalu sebagaimana saya di sini. Hari ini saya terfikirkan sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama anda semua. Persoalan yang sering bermain di fikiran sesiapa sahaja yang bercita-cita ingin menjadi kaya. Bagaimana untuk menjadi kaya?

Persoalan ini sebenarnya terlalu banyak jawapan di sekeliling kita. Malangnya tidak semua yang dapat menemui jawapan dan kaedahnya. Ramai di antara kita hanya mampu melihat bagaimana kekayaan itu diraih tetapi tidak nampak bagaimana perjalanan untuk mencapai ke tahap berkenaan.

Ramai yang tahu bagaimana untuk menjadi kaya, tetapi kenapa mereka masih tidak mampu mencapainya? Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin memberikan anda satu contoh. Ramai yang tahu untuk sentiasa mempunyai wang ialah dengan menyediakan sedikit simpanan atau tabungan setiap masa. Namun begitu, mengapa tidak ramai dikalangan kita yang menjadikannya sebagai suatu tabiat di dalam hidup mereka. Akibatnya setiap masa mereka berdepan dengan masalah kekurangan wang.

Lihat kepada kebanjiran bahan bacaan berkaitan penyelesaian kewangan berdasarkan panduan dan kaedah ‘Bagaimana’ yang berada di pasaran kini. Kebanyakan daripadanya menjadi buku ‘Best-seller’. Namun hakikatnya tidak kesemua pembacanya berjaya mendapat manfaat daripada buku panduan berkenaan. Apakah buku berkenaan tidak bagus? Tidak, buku berkenaan sememangnya bagus dan memang memberikan panduan yang tepat, tetapi mengapa kebanyakan pembaca buku berkenaan masih berada ditakuk yang sama.

Puncanya terletak kepada persoalan berikut. Mereka sekadar ingin tahu ‘BAGAIMANA?’ tetapi sebaliknya mereka tidak tahu ‘KENAPA?’ mereka perlu menjadi kaya! Renung-renungkanlah. Kenapa anda ingin menjadi kaya?

Salam kekayaan!

Thinkerich

-Think rich to get rich-

2 ulasan:

redha berkata...

Salam kasih sayang,

Ya persoalan yg menarik, yg membuat ramai org penasaran, dah tau, dah cuba praktikkan ilmu tapi masih gagal atau kurang berjaya...
Kerana akal kita menguasai sekadar 12% kemampuan utk berubah...
Wallahu'alam...
Semoga diberkati. Amin...

-"Thinkerich"- berkata...

Salam,

Terima kasih saudara Redha kerana sudi mengunjungi Blog Komuniti Pemikir Kaya - Thinkerich.

Benar kata-kata saudara 'redha' itu, tetapi dalam usaha kita mencapai sesuatu matlamat hidup kita, sebagai contoh untuk mencapai kekayaan, ianya tidaklah semudah seperti yang kita lihat. Kita tidak 'nampak' perjalanan dan pengorbanan yang perlu dilalui untuk meraih kekayaan yang diidamkan. Ini kerana status kekayaan sebenarnya sesuatu yang subjektif kepada setiap orang. Ada yang mempunyai simpanan wang ratusan ribu sudah merasakan mereka kaya, ada yang memiliki jutaan ringgit tetapi tidak pula merasakan diri mereka kaya. Malahan kita kekadang memandang mereka yang berkereta mewah itu seseorang yang kaya.

Kita sememangnya akan diuji dengan kegagalan dan rintangan yang mesti kita TEMPUHI dan bukannya BERHENTI bila berhadapan dengannya. Jadi saya doakan saudara 'redha' berjaya mencapai apa sahaja impian dan matlamat yang diimpikan. Fikirkan KENAPA bukan sekadar tahu BAGAIMANA?

Semoga berjaya.