Rabu, Februari 13, 2008

IBARAT MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA...

Salam Pembaca Blog Sekalian,

Ketika saya sedang asyik melayari internet, saya terserempak dengan satu forum yang agak menarik. Forum tersebut sememangnya hangat dan penuh dengan Harapan, fikiran positif dan Doa...

Kasihan...Kasihan.. Betul-betul kasihan,

Mereka semua tertipu! Ya, benar-benar tertipu! Namun begitu, mereka masih percaya dan cuba menegakkan benang yang basah. Inilah kisah mangsa-mangsa penipuan Skim-skim Pelaburan yang ntahapahapantah..yang sebenarnya dah berkubur pada pertengahan tahun 2007 lagi. Namun mereka ini masih diberi harapan oleh leader-leader mereka yang 2 x 5 juga dengan mereka yang tak tahu apa-apa. Cuma untuk menyedapkan hati para pelabur yang amat dermawan dan ingin cepat kaya itu maka berbagai harapan demi harapan ditaburkan. Dari satu jangkamasa ke satu masa. Namun wang keuntungan pelaburan tidak juga kunjung tiba....namun mereka masih setia ibarat menunggu bulan jatuh ke riba....

Ntahlah saya pun hairan dengan sesetengah masyarakat kita pada hari ini yang suka mengambil kesempatan dengan tergamak menipu menjayakan pelbagai bentuk pelaburan palsu dengan mengaitkannya pula dengan pemimpin politik, ekonomi negara dan serantau. Itulah bahananya jika kita tiada ilmu pengetahuan tentang pelaburan. Terima bulat-bulat apa yang diperkatakan tanpa usul periksa. Yang mereka tahu melabur sejumlah duit, goyang kaki dan dapatkan keuntungan. Semudah itu untuk menjadi kaya...itulah yang mereka fikirkan.

Yang lucunya,,,boleh pula mereka percaya akan cerita-cerita mengarut bentuk pelaburan yang mengaitkannya dengan dana luar yang dibekukan di luar negara. Yang amat saya hairankan dan bertambah Hairan Bin Ajaib pula apakah kaitannya, dengan wang pelaburan kita dengan wang haram yang dibekukan di negara luar tersebut??? Bukankah nampak sangat pembohongan NYATA semata-mata untuk merompak wang para pelabur(pelebur) mereka sahaja.


Saya sebenarnya juga amat bersimpati dengan mangsa-mangsa pelaburan ini. Ada di antara mereka sanggup berhutang ribuan ringgit malahan ada puluhan ribu ringgit semata-mata ingin menyertai pelaburan MISTIK ini. Ya, Pelaburan Mistik. Mereka percaya akan ada keuntungan tetapi wang pelaburan mereka hilang begitu sahaja dan keuntungannya hanya samar-samar sahaja. Nasihat saya kepada mangsa yang terlibat, usahlah buang masa dengan menanti dan terus berharap dengan sesuatu yang MUSTAHIL. Ada baiknya tuan-puan berdoa agar diberi petunjuk dan jalan agar dimurahkan rezeki bagi mendapatkan keberkatan dunia dan akhirat. Mula berfikir kehadapan. Timba ilmu pengetahuan yang sebenar tentang kewangan dan pelaburan. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu yuran pembelajaran anda dalam kelas pelaburan anda yang pertama. Bertindaklah dan fikirkan sesuatu yang realiti bukan fantasi dan penuh mistik!

Bagi mereka yang ingin jadi kaya, prinsip ini harus dipegang dan disemat di dalam minda anda. Sebenarnya tiada siapa pun yang sanggup untuk berkongsi keuntungan yang tinggi dengan anda sekiranya anda hanya melaburkan wang anda tanpa melibatkan sebarang usaha. Jika anda masih belum faham, biarkan saya bertanyakan kepada anda satu soalan? Sanggupkah anda berkongsi 50% wang hasil penat lelah dan kerja keras anda dengan orang lain yang tidak berbuat apa-apa? Lihat sendiri pihak Bank, mereka menggunakan wang para penyimpan untuk digunakan bagi menjana hasil pendapatan mereka. Namun berapa peratuskah keuntungan yang dikongsi kepada para pelanggan mereka? Kurang 2%...

Oleh itu, saudara - saudari yang saya kasihi sekalian, ingatlah bahawa berfikiran untuk kaya itu betul tetapi apabila berfikiran untuk cepat kaya itu, pasti pelbagai masalah akan timbul. Jadi renung-renungkanlah...

Salam kekayaan,

Thinkerich

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang tahu kena menyedarkan.

tetapi selalunya kita akan dimarahi kembali

-"Thinkerich"- berkata...

PakDi..

Terima kasih kerana sudi melawat Blog ini dan memberi komen yang bernas...,

Benar dan tepat sekali apa yang diperkatakan oleh saudara...

Sesetengah daripada pemikiran masyarakat di muka bumi ini sememangnya begitu taksub kepada sesuatu yang mereka PERCAYAI..(walaupun tidak benar)

Cakap, Nasihat dan khutbah apa pun mereka tidak akan pakai...walaupun perkara itu tidak benar tetapi oleh kerana mereka telah berjaya memanipulasi minda bawah sedar mereka untuk percaya maka otak pemikiran mereka menghasilkan kelakuan yang fanatik, taksub dan yang seumpama dengannya.

Sayang sekali...jika mereka gunakan keupayaan tersebut untuk kaedah dan perkara yang sebenar untuk mencipta kejayaan dan kekayaan, sudah tentu membuahkan hasil yang boleh dibanggakan...

Salam kekayaan,

Thinkerich